Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan....
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami......
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami......
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin....
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin....
Alhamdullilah segala urusan pengebumian telah selamat dilaksanakan dengan sempurna... .ati kecil sayu melihat pemergian seorang ayah kepada seorang anak yang masih belum mengenali selok belok dunia yang luas ini.. yang masih lagi memerlukan kasih sayang seorang ayah,dan takkala itu juga pencipta telah mengambil ayahnya.. bertabah la wahai sayang..semoga jannah menjadi anak yang solehah,dan menjadi penguat untuk ibumu bertabah dalam meneruskan liku2 kehidupan yang akan datang..
liezaaa.... pemergiaan insan yang bernama suami untuk selamanya mybe payah untuk ang terima.. dengan sekejap allah telah mengambilnya.. aku tahu ang kuat... mengalir air mataku melihat, sewaktu fairuz dikafankan.. tak tertahan sebaknya,melihat tangisan ang...tangisan jannah semasa menatap wajah arwah buat kali terakhir..... kalau aku ditempat ang,aku pown sama....kesedihan yang tergambar,memikirkan bagaimana nak lalui kehidupan tanpa orang yang kita sayang.. yang selama ini selalu disamping kitaa...
aku sebagai sahabat ampa, aku doakan semoga roh fairuz ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..lizaaaa ang kena kuat,kuat demi jannah yang masih kecil tu..kami semua sentiasa ada disisi ang...
AL-FATIHAH.... SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG2 BERIMAN... AMINN...
No comments:
Post a Comment